Wednesday, April 29, 2009

Shahrul Nizam sahabatku

bismillah


Gamba shah di kanan sekali sebelah org asli pegang tongkat


bismillah

-introduction-

Alhamdulillah,diberi keizinan oleh Allah utk update dan memenuhi kehendak rakan2 GBM aku untuk meyelesaikan tugasan utk aku kali ini.Walaupon agak tak puas ati kenapa aku kene start fisrt tapi berdasarkan keikhlasan yang menjadi syarat utama setiap post kami ,maka aku letakkan ketepi dahulu segala fifat2 mazmumah itu.Juga syukur ke hadrat allah yang menidurkan aku sebentar tadi sehingga terlajak terus ke kelas jam 5 walaupon sebenarnya aku start tidur dalam jam 4.55 minit petang.Alhamdulillah nikmat tidur dan ponteng dua-dua aku miliki.Syukur..=)

-Perengan pertama-
Sahabat yang aku ceritakan ini adalah seorang sahabat yang aku sndiri tidak pernah jangkan akan jadi sebegini rapat dgnku.Kami berlainan fakulti dan mmg kompem2 la lain kelas.Mamat nie budak accounting aku plak budak engineering tapi kami dipertemukan oleh Allah dalam sebuah kelab yang dinamakan Institusi Usrah.(IU)..Sejarah pertemuan kami bermula dimelaka lagi dan kalau x silap aku,start kenal masa prog yang dianjurkan oleh IU melaka yang dinamakan KKB..nama pnjang die aku dh lupa..
so,aku igt lagi dlu memula aku knal mamat nie,aku x tau nama die sapa..then bila aku nk panggil die aku akan ckp..bro..bro..
pastu ade skali tuh aku pggil gitu ,die sound aku..die kata "nama aku nizam la.."...haha..start dari situ baru aku tau si mamat berkulit cerah dan sgt sensetif dgn bahagian badanya ini memiliki nama shahrulnizam..=)
kalau anda berkawan dgn shah,perkara pertama yang anda perlu jaga untuk terus bersahabat dgn die adalah..

1.Jangan sesekali bermain-main dgn spek matanya
2.Jangan sesekali juga menunjukkan kemanjaan anda dgn memegang-megang bhagian badanya.

alasanya mudah..kerana die bukan "budak asrama"..=p

mamat shahrulnizam nieh,aku ade respek kat die beberapa perkara,dan yang aku suka..die mudah untuk menawarkan diri die dalam melakukan mana-mana kerja yang die rasa die mampu untuk buat..tapi kekadang buat aku hot gak la..hahaha..
n then,die nie jugak ekceli dari pndangan mata kasar aku seorang yang penyayang dan lemah lembut orgnya.sape dapat jadi bini die,insyallah akan dilayang dgt penuh kemesraan.cumanya jgn pegang spek matanya..=p
erm..dan seperkara lagi pasal die nieh,dikalangan tanzim2 aku die la org yang paling concern kalau ada diantara kami yang jaran join AMM iaitu lawatan ke mapley2..kalau boleh die nak ajak smua tanzim join skali..tapi kalau time meeting tanak plak die pastikan smua ada...haha..tapi sebenarnya usaha die ini sgt2 bagus sbbnya di AMM lah kami akan lebih rapat dan bersosial secara islamik..=p

-perengan dua-

Pengalaman shahrulnizam didalam tanzim juga sebenarnya lebih bnyak berbnding aku,beliau merupakan tanzim iu dalam 3 tahun berturut-turut dan sebenarnya istilah gila kuasa itu sepatutnya lebih kepada beliau bukan kat aku..
sekarang beliau menjawat jawatan bendahari pada institusi usrah dan gandinganya bersama seorang lagi bendahari iaitu shapa sgt2 aku hargai dan puas hati.Kerja yang shah lakukan kekadang berlaku dalam keadaan senyap..kekadang aku jangka bndenye belom siap tapi tupp..tupp..dah siap...tapi ade gak kes yang aku jngka dah siap tapi tak siap..yg tuh mmg hot sket la..tapi takpe..mnde dh lepas..=)
shah juga dikenali dikalangan kami sebagai pemandu F1 secara tidak rasmi.Kenela pada minat beliau yang suka menonton F1,bawak keta mmg laju dan aku kerap sound gak die nieh,tapi cam biasa sound2 aku selalunya didengar sebelah telinga kanan dan kelua balik belah lubang idung kiri...tapi kerata beliaula yang paling banyak berjasa setiap kali AMM diadakan...sbb dia yang selalu ajak..syarat kami ,sape ajak..die bawak keta..sape tak bawak keta jgn memandai nk ajak tggu sahaja sehingga di ajak..heh~

-perengan last-

=)

apepon kelebihan dan keburukan yang ada padanya mamat nieh,aku sgt2 hargai sbb sanggup jadi membe kamcing aku dan sanggup untuk menerima segala makian dan gurauan kasar aku kat ko..shah adelah org yang paling bnyak aku kacau dan sound direct mcm khalid jugak..=p..sbb aku merasakan derang berdua mempunyai kemampuan dan kehebatan untuk aku lakukan sedemikian berbanding bebudak yang lain.=)
Aku bersyukur sgt2 allah temukan aku kat MMU nie ngan kengkawan sengal cam kowang semua yang mana aku selesa dan genbira bersama...terima kasih atas semua kenangan hebat yng korang berikan pada aku dan kenangan2 itu mmg kita taidak mampu untuk ulangi kembali..

TERIMA KASIH SHAHRULNIZAM ..=)

yangikhlasdanjujur:
abgiparmu

Tuesday, April 28, 2009

~SaTu GaMe~

assalamualaikum ya sahabat-sahabot :D
alhamdulillah,syukur kehadratNYA sbb kita sama2 masih berupaya menikmati rezekiNYA yg tak terhingga/terkira/terbilang dek jari,tak terhitung dek ketapi ;p
setelah melakukan sessi perbincangan/perdebatan dgn beberapa pihak sehingga ada satu pihak tu sanggup menggadaikan segala perkara/benda yg ingin digadaikan,maka kami telah decide utk membuat satu permainan...khas utk ahli2 GBM....
permainan ini adalah sebagai satu cara,agar kita sama2 istiqamah kat blog ni..yelaa,dulu kata suh tulis2 blog,tp bila blog dh ada,xnak istiqamah plak!!!mmg ini mendatangkan ke-hot-an pada krew2 GBM apetah lagi ane2 di P9 yg nk terpaksa tunggu lama gile sbb datuk lambat nk oder!!!!nk minta roti telur,tp nasi lemak yg duk dipromote!!!hahah(apelaa yg aku merepek ni!!)
ok..game ni diberi nama "Menghargai Terhadap Mu"(MTM)...ape itu MTM???
MTM ialah sebuah game,dimana setiap krew GBM akan/dipaksa utk menulis utk perihal/tentang krew GBM yg laen....maksudnye,seorg ahli krew,perlu menulis ttg sorg ahli krew yg laen...tujuan diadakan benda yg bermanfaat utk semua ahli pembaca ialah:
1) utk mencari keredhaanNYA...(bak kata ostad)
2) sbg satu medium utk menghargai ahli krew GBM yg laen
IMPORTANT : peringtkn tulisan mesti disertakan dgn keihkhlasan krn mencari redho Allah bkn bodek dan mainan semata2..mudah2an shbt2 kte sbg cermin utk kite melihat diri kite dan seterusnye melakukan perubahan utk memajukan diri di dunia dn di akhirat.

ok,sehubungan dgn itu,selepas cabutan undian yg dibuat oleh ostad sendiri...maka,berikut adalah senarai pasangan yg bernasib baik!!!


1) razak tulis ttg shah mamak(putih)
2) shah mamak(putih) tulis ttg pejal
3) pejal tulis ttg meeoowww zack
4) meooww zack tulis ttg datuk k UNDA!!!
5) datuk k UNDA tulis ttg ikhwansarawakian
6) ikhwansarakian tulis ttg zul misteri
7) zul misteri tulis ttg ostad kaer
8) ostad kaer tulis ttg razak..

ok,diharapkan semua dpt menjalankan tugas supaya game ni berjalan dgn lancar & bahaya!!!
ingat..benda ni xperlu ikut turutan,bagi sapa2 yg dh tulis,boleh terus upload/tulis kat sini....
format??
1) letak gambar org tersebut pada mula2 posting anda...i mean kat atas skali r....
2) tulis apa2 je yg anda nk ttg org itu...
3) letakkan beberapa gambar beliau yg anda rasakan comel ;p

ok,tu sahaja...wassalam~

saya melaporkan dr bilik sendiri
-krew GBM-

Thursday, April 16, 2009

~sEgaLa PuJi bAgi-MU~


Segala puji bagi-MU, YA ALLAH..
yang pertama..tanpa ada yang mengawalnya...
yang terakhir..tanpa ada yang mengakhiri...
yang tak terlihat oleh pandangan orang yg memandang...
yang tak tergambarkan oleh bayang..orang yang membayangkan..

ENGKAU ciptakan makhluk dengan kekuasaan-MU
ENGKAU ciptakan segala sesuatu dengan kehendak-MU
Segala puji YA ALLAH...
yang memberi kami kemampuan utk mensyukuri nikmat-MU
yang membuka bagaikan pintu-pintu ilmu ke-ilahi-an-MU

Segala puji YA ALLAH..
dengan segenap pujian..yang dikumandangkan..
para malaikat,dan para makhluk yang dimuliakan....

Segala puji bagi-MU...
atas nikmat yang KAU berikan..
kepada kami,hamba-hamba yang telah mendahului...maupun yang akan datang kemudian...
pujian kami aturkan kepada-MU..sebagai penghubung utk mentaati-MU..
dan meminta ampunan..sebagai penyebab memperolehi redho penghantar jalan menuju syurga...

Segala puji bagi-MU YA ALLAH...
KAU ciptakan kami sebagai hamba-MU...
dan sebagai ummat NABI MUHAMMAD S.A.W. , kekasih-MU.....

-krew GBM-

credit: Dr. Ary Ginanjar Agustian

Saturday, April 4, 2009

~LeBih gRaNd DaRi bIaSa...~

"IU Annual Dinner 2009"

THE MUSLIM REVOLUTION

EMPRESS HOTEL,SEPANG

2 MAY 2009


Theme :
" PURPLE & SILVER "

INTERNATIONAL BUFFET

MEMBERS RM 35.00
ALUMNI RM 40.00

visit our booth for reservation
or
Call :- Mr.Khalid (0133706980),Mr.Karim(0132112357)


Mohd Izuan
IUAD 2009



Friday, April 3, 2009

SAJAK : Engkau Pejuang Islam atau Perosak?





Engkau hendak berjuang?
Bagus kalau itulah yang kamu mahu
Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri

Sudahkah kau mengenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiran mu?
Apakah fikiran mu sudah Islam?
Sudahkah engkau kenal nafsu mu?
Fahamkah engkau kehendak kehendak nafsu mu?
Ke mana dia hendak membawa mu?

Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsu mu selari?
Lebih lebih lagi sudahkah engkau faham jiwa mu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak di lepaskan
Yang negatif hendak di tahan

Melepaskan yang positif dan menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin,
ia itu jiwa

Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk hutan belantara yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan jangan engkau akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kamu
Bahkan rimau pun boleh membaham kamu

Kawan, perkataan berjuang mudah di sebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan
Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan di taati
Kalau belum sampai taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan
lebih banyak, tanpa di sedari
Sekali pun niat engkau suci.


Nukilan: Ustaz Hj Ashaari Muhammad

Disediakan oleh-krew GBM yg baru...