Wednesday, March 25, 2009

Ya Rasulullah..


DIA KEKASIH ALLAH



Malu rasanya mengatakan cinta


Kepada dia kekasih Allah

Kerana dia insan mulia

Sedangkan diriku insan biasa


Ku pujuk jua hati dan jiwa

Meluahkan rasa cinta membara

Didalam pujian ucapan selawat


Tanda penghargaan seorang umat



Selagi upaya ku turuti ajarannya

Apa terdaya ku amalkan sunnahnya

Moga didunia mendapat berkat


Di akhirat sana beroleh syafaat



Kerana peribadinya aku terpesona

Kerana budinya aku jatuh cinta

Rindu ku padanya tiada terkata


Nantikanlah daku ditaman syurga


Sesungguhnya apa yang ku dambakan

Adalah cinta Allah yang Esa

Kerana cinta kepada Rasulullah


Beerti cinta kepada Allah


===================================================

Di kala pagi yg hening dan indah..

ku termenung sendirian menatap keindahan lirik nasyid yg ku copy paste drpd lagu kumpulan hijjaz...hasil kreativiti ku, aku berjaya mentransform bait2 lagu ini menjadi sebuah puisi yg cukup cantik utk dihayati..tanpa mengubah langsung liriknya yg asal..barulah dikatakan original..huhu...

Lantas memenangi hadiah kesian aka saguhati tempoh hari semasa menyertai pertandingan berkarya sempena sambutan maulidurrasul...walaupun kemenanganku disambut dgn sindiran oleh sahabat2ku...sehingge ad yg termuntah hijau mahupun yg termuntah warna pelangi..

Dan tidak cukup dgn termuntah, ad yg sanggup menBUZZ ym comelku berulang2-kali semata2 ingin menafikan sekeras2nye yg ak sgt berbakat dalam berkarya..isk!isk!=)...tetapi sindiran2 ini langsung tidak melukakan sanubariku bahkan jauh disudut hatiku ak merasa puas dan seronok krn dapat berkongsi satu lirik yg sgt bermakna bagi diriku...

Tidak pernah ku menitiskan air mata walau setitis pun tatkala ku mendengar nasyid ini walaupun berulang2 kali ku mendengarnya semenjak di alam sekolah lagi..tetapi sejak ak menjejakkan kaki ke universiti dan mula berjinak2 dgn dunia dan medan dakwah..hatiku cepat sungguh terusik apabila mendengar nasyid ini dimainkan..

ahh!!! di mana silapnya??

ku pun xmengerti...lantas ku cuba menghayati semula lirik nasyid ini..ketika solo kumpulan hijjaz, ustz Munif menasyidkan rangkap pertama lirik lagu ini sekali lagi air mataku begitu mudah mengalir..

Selang beberapa ketika...barulah ku sedari bahawa air mata ini menitis dek krn betapa malunya utk aku menyatakan cinta kpd Rasulullah s.a.w...


kenapa???


krn Rasulullah insan yg tersangat mulia..

krn Rasulullah tidak pernah berputus asa dalam dakwahnya..

krn Rasulullah tidak mudah kecewa tatkala ditimpa musibah dan kecelakaan drpd musuh2nya...

krn Rasulullah masih teguh meneruskan perjuangannya menyebarkan risalah islam walaupun baginda keseorangan pada awalnya...

krn tingginya kesabaran Rasulullah walaupun dipukul dan diseksa sehingga mengalir darah di seluruh tubuh baginda yg mulia tatkala dibacakan kalam tuhan yg MAHA ESA...


tetapi aku??


hanya sibuk menitikberatkan kesahihan hadis baginda tetapi tidak pernah langsung utk istiqamah mengamalkan sunnah2nya..

mudah sungguh ak berputus asa dan hampir sahaja ak berundur dari jalan dakwah ini tatkala melihat sahabatku satu persatu meninggalkan jalan yg mulia ini..

kerap kali ku mengeluh dan akibat cucukan syaitan hampir sahaja ku menyalahkan tuhan tatkala merasakan diri ini keseorangan dalam perjuangan..

mahu sahaja ak berlari dan menyorok di penjuru dunia apabila terpaksa menghadapi serangan pemikiran yg kadang2 mampu merobek iman..

seringkali ku menyalahkan kawan dan keadaan persekitaran tatkala merasakan dakwahku tiada kemajuan...

===============================================

rupa2nya inilah cebisan perasaan yg sering membuatkan dadaku sebak dan sempit tatkala mendengar nasyid ini dialunkan...

seringkali ku merasakan yg ku tidak layak utk mendapat syafaat dan cintamu Ya Rasulullah lantaran diriku yg tidak mampu utk menjadikan dirimu sebagai suri tauladan..

malunya aku terhadapmu Ya Rasulullah...................

ak tersangat hina dan lemah wahai kekasih Allah.........

dan ku berasa begitu jauh daripadamu Ya Rasulullah akibat kealpaan diriku membelai keindahan dunia yang tidak pernah kekal..

dan hatiku bertambah hiba apabila teringatkan kisah Rasulullah saw yang pernah disampaikan oleh seorang ustazku...

==============================================

ketika mana sedang Rasulullah berkumpul di dalam majlis bersama para sahabat..

tiba2 bergenang air mata baginda..lalu para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah..

apabila ditanyakan oleh saidina Abu Bakar..baginda menyatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai "ikhwannya"...

Para sahabat berasa iri hati hinggakan saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan kepada Rasulullah: "Bukankah kami ini ikhwanmu?"..

Rasulullah saw menjawab: "Tidak!kamu semua adalah sahabatku, ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..Aku sangat rindu bertemu dengan mereka"


sekali lagi dlm esakkan tangisan ku bertanya kpd diriku "apakah ak termasuk dlm golongan ikhwan yg sgt dirindui oleh mu Ya Rasulullah??"


~p/s:cerpen ini tiada kaitan dgn mana2 individu yg masih hidup atau telah menemui Ilahi..



luahan hati oleh:
krew gbm












Wednesday, March 11, 2009

GBM vs ISBM



disebabkn atas permintaan rmai yg meronta2 ingin mengetahui update ttg program GSBM
yg telah diadakan baru2 ni...maka kami krew gbm yg masih dlm kepenatan yg amat sgt
ni akan cube mengupdate beberapa perkare penting yg telah berlaku sepanjang prog GSBM..

utk entry kali ni...kami sekadar ingin melaporkan serba-sedikit ttg perlawanan penting
yg agak berprestij yg telah diadakan di Port Dickson tempoh hari...

perlawanan yg melibatkn antara hidup dan mati dan juga melibatkn maruah ini menyaksikan
pertarungan yg cukup mendebarkn antara team kami iaitu GBM menentang ISBM...

team GBM turun dgn keadaan langsung tidak bersedia...dan dengan ahlinye yg sgt sedikit berbanding ISBM sudah cukup utk menggoyahkn semangat kami...walaupn ad segelintir ahli GBM yg berlatih dgn bersungguh2 sblm bertolak ke Port Dickson, tetapi ternyata latihan
intensif yg mereka lakukan hny sia2 belaka...ini kerana pada awalnye manager GBM saudara fakhru mempersiapkn team GBM utk menyertai pertandingan tarian pocho2 dan juga
pertandingan makan buah durian sambil berlari....tetapi ternyata itu sume tipu-belaka dan dikhabarkn penipuan itu sengaja dibuat bg menyebabkn team GBM kalah teruk..




setibenya kami di tapak perlawanan barulah kami sedari bahawa pertandingan yg bakal berlangsung antara GBM dan ISBM ialah pertandingan POP QUIZ!!!!

kami agak terkejut dan panik tp mujurlah saudara pejal memujuk kami utk bertenang dan
bykkn berselawat...dan lebih mengejutkn 2 org pengadil yg akan mengadili perlawanan adalah dari pihak ISBM..krn sudah tentulah akan berlaku berat sebelah dan sekali lagi saudara pejal menyuruh kami bertenang dan bertafakur..

akhirnye perlawanan yg dinanti2kn brmula juga...pertandingan dimulai dgn sedikit ta'aruf
ringkas...walaupun sedikit gementar, tetapi team GBM berjaya memperkenalkn diri
dgn penuh semangat dan romantis...dan ini diakui sendiri oleh salah seorgpengadil perlawanan yg jugak peminat setia komik shin chan...

dan sememangnye perlawanan yg penuh dramatis ini menyaksikan pertarungan yg cukup sengit antara team GBM dan ISBM...dan kdg2 melibatkn serangan peribadi sehingga menimbulkn sedikit kekecohan...walaupun team GBM diasak dgn pelbagai soklan yg menyakitkn tp kami
tenang menjawabnye...

seperti yg x disangka team GBM berjaya mengalahkn team ISBM dgn kemenangan besar
49 berbalas 6...

walaubagaimanapun...ternyata kemenangan besar yg diperoleh team GBM menyebabkn
team ISBM merayu utk diadakn perlawanan kedua...

dan rayuan itu dinyatakn sendiri oleh jurucakap ISBM, saudari sofea(bkn nama sbnr) kpd
pengurus pasukan GBM saudara zul yg ketika itu sedang syok meredah ombak di lautan...
atas dasar rase kasihan dan dengan mengenepikan isu krisis antara jantina maka saudara zul menerima pelawaan tersebut..

perlawanan yg kedua ini diadakan pulak di atas pantai dgn disaksikan dgn penuh khusyu' oleh abg banana boat...perlawanan yg penuh dgn helah dan tipu muslihat ini menyaksikan
team GBM terpaksa memerah otak sehinggakn ad antara ahli GBM yg terpakse memerah
seluar yg basah di pokol dek ombak yg nakal...

alhamdulillah kemenangan berjaya diperoleh dgn team GBM berjaya mengajukn soklan
yg memerangkap dan mematahkn hujah2 team ISBM...kemenangan disambut dgn penuh gembira dan masing2 terjun ke laut seperti dugong comel yg kehilangan anak...

dan kelihatan di wajah2 team ISBM yg pasrah dan terpaksa akur dgn kehebatan team GBM...


anyway, kami di pihak GBM tetap ingin mengucapkn tahniah kpd team ISBM krn berani menetang kami walaupun sudah pasti kemenangan xkn dimiliki...

dan kami jugk ingin memohon maaf kpd pengadil sekiranya ad terkasar bahasa...atau tertipu
pengadil sama ad secara sedar atau tidak...

dan kpd team ISBM yg lain...usah lemah semangat...teruskn perjuangan krn bak kate abi...kehidupan itu suatu perjuangan....

mudah2an perlawanan antara GBM dn ISBM ni mampu mengeratkn lg ukhwah dan membuatkn kami lebih mengenali hati-budi antara satu sama lain...

majulah sukan utk GBM...

dilaporkn oleh,
krew GBM..
mexico...

Saturday, March 7, 2009

Wednesday, March 4, 2009

Update GSBM

Berikut merupakan update terkini ttg kehadiran ke port dickson sehingga jam 2 pagi td...
bayaran boleh diberikan pada along pejal... .

1)Akhi Khalid
2)Ustaz Fakhru
3)Akhi Faizal
4)Akhi Zul
5)Akhi Zack
6)akhi Shah Putih
7)Abg Khair


~pendaftaran masih dibuka......sesape yg terbuke hatinye utk g cpt2 la
mendaftarkn diri..ok?

p/s: yus,fuad,naim, sarawak...jom r g...=)

Sunday, March 1, 2009

Update GSBM

salam...spt yg diwarwarkn ahad and isnin ni (8 & 9 mac) akan diadakn program GSBM
yg bertempat di port dickson..

jd kami yakin rmai shbt2 gbm yg teruja dan xsabar nk g ke PD ni..so bg mengelakkan kesesakan dan memudahkn crew gbm mengupdate attendance anda semua, kami mengesyorkn
shbt2 yg berkobar2 nk ke PD utk menulis nama anda pada ruangan komen...
dan i.Allah kami akan cube mengupdate attendance antum dgn sebaik mgkin...

k segala kejesama antum amat kami hargai...dan kami crew GBM mengucapkn
selamat maju jaya dan selamat berfoya2...jgn lupe maulidurrasul isnin ni..k bye2..

ikhlas dr ,
gbm crew