Wednesday, March 25, 2009

Ya Rasulullah..


DIA KEKASIH ALLAH



Malu rasanya mengatakan cinta


Kepada dia kekasih Allah

Kerana dia insan mulia

Sedangkan diriku insan biasa


Ku pujuk jua hati dan jiwa

Meluahkan rasa cinta membara

Didalam pujian ucapan selawat


Tanda penghargaan seorang umat



Selagi upaya ku turuti ajarannya

Apa terdaya ku amalkan sunnahnya

Moga didunia mendapat berkat


Di akhirat sana beroleh syafaat



Kerana peribadinya aku terpesona

Kerana budinya aku jatuh cinta

Rindu ku padanya tiada terkata


Nantikanlah daku ditaman syurga


Sesungguhnya apa yang ku dambakan

Adalah cinta Allah yang Esa

Kerana cinta kepada Rasulullah


Beerti cinta kepada Allah


===================================================

Di kala pagi yg hening dan indah..

ku termenung sendirian menatap keindahan lirik nasyid yg ku copy paste drpd lagu kumpulan hijjaz...hasil kreativiti ku, aku berjaya mentransform bait2 lagu ini menjadi sebuah puisi yg cukup cantik utk dihayati..tanpa mengubah langsung liriknya yg asal..barulah dikatakan original..huhu...

Lantas memenangi hadiah kesian aka saguhati tempoh hari semasa menyertai pertandingan berkarya sempena sambutan maulidurrasul...walaupun kemenanganku disambut dgn sindiran oleh sahabat2ku...sehingge ad yg termuntah hijau mahupun yg termuntah warna pelangi..

Dan tidak cukup dgn termuntah, ad yg sanggup menBUZZ ym comelku berulang2-kali semata2 ingin menafikan sekeras2nye yg ak sgt berbakat dalam berkarya..isk!isk!=)...tetapi sindiran2 ini langsung tidak melukakan sanubariku bahkan jauh disudut hatiku ak merasa puas dan seronok krn dapat berkongsi satu lirik yg sgt bermakna bagi diriku...

Tidak pernah ku menitiskan air mata walau setitis pun tatkala ku mendengar nasyid ini walaupun berulang2 kali ku mendengarnya semenjak di alam sekolah lagi..tetapi sejak ak menjejakkan kaki ke universiti dan mula berjinak2 dgn dunia dan medan dakwah..hatiku cepat sungguh terusik apabila mendengar nasyid ini dimainkan..

ahh!!! di mana silapnya??

ku pun xmengerti...lantas ku cuba menghayati semula lirik nasyid ini..ketika solo kumpulan hijjaz, ustz Munif menasyidkan rangkap pertama lirik lagu ini sekali lagi air mataku begitu mudah mengalir..

Selang beberapa ketika...barulah ku sedari bahawa air mata ini menitis dek krn betapa malunya utk aku menyatakan cinta kpd Rasulullah s.a.w...


kenapa???


krn Rasulullah insan yg tersangat mulia..

krn Rasulullah tidak pernah berputus asa dalam dakwahnya..

krn Rasulullah tidak mudah kecewa tatkala ditimpa musibah dan kecelakaan drpd musuh2nya...

krn Rasulullah masih teguh meneruskan perjuangannya menyebarkan risalah islam walaupun baginda keseorangan pada awalnya...

krn tingginya kesabaran Rasulullah walaupun dipukul dan diseksa sehingga mengalir darah di seluruh tubuh baginda yg mulia tatkala dibacakan kalam tuhan yg MAHA ESA...


tetapi aku??


hanya sibuk menitikberatkan kesahihan hadis baginda tetapi tidak pernah langsung utk istiqamah mengamalkan sunnah2nya..

mudah sungguh ak berputus asa dan hampir sahaja ak berundur dari jalan dakwah ini tatkala melihat sahabatku satu persatu meninggalkan jalan yg mulia ini..

kerap kali ku mengeluh dan akibat cucukan syaitan hampir sahaja ku menyalahkan tuhan tatkala merasakan diri ini keseorangan dalam perjuangan..

mahu sahaja ak berlari dan menyorok di penjuru dunia apabila terpaksa menghadapi serangan pemikiran yg kadang2 mampu merobek iman..

seringkali ku menyalahkan kawan dan keadaan persekitaran tatkala merasakan dakwahku tiada kemajuan...

===============================================

rupa2nya inilah cebisan perasaan yg sering membuatkan dadaku sebak dan sempit tatkala mendengar nasyid ini dialunkan...

seringkali ku merasakan yg ku tidak layak utk mendapat syafaat dan cintamu Ya Rasulullah lantaran diriku yg tidak mampu utk menjadikan dirimu sebagai suri tauladan..

malunya aku terhadapmu Ya Rasulullah...................

ak tersangat hina dan lemah wahai kekasih Allah.........

dan ku berasa begitu jauh daripadamu Ya Rasulullah akibat kealpaan diriku membelai keindahan dunia yang tidak pernah kekal..

dan hatiku bertambah hiba apabila teringatkan kisah Rasulullah saw yang pernah disampaikan oleh seorang ustazku...

==============================================

ketika mana sedang Rasulullah berkumpul di dalam majlis bersama para sahabat..

tiba2 bergenang air mata baginda..lalu para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah..

apabila ditanyakan oleh saidina Abu Bakar..baginda menyatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai "ikhwannya"...

Para sahabat berasa iri hati hinggakan saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan kepada Rasulullah: "Bukankah kami ini ikhwanmu?"..

Rasulullah saw menjawab: "Tidak!kamu semua adalah sahabatku, ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..Aku sangat rindu bertemu dengan mereka"


sekali lagi dlm esakkan tangisan ku bertanya kpd diriku "apakah ak termasuk dlm golongan ikhwan yg sgt dirindui oleh mu Ya Rasulullah??"


~p/s:cerpen ini tiada kaitan dgn mana2 individu yg masih hidup atau telah menemui Ilahi..



luahan hati oleh:
krew gbm












3 comments:

Anonymous said...

entry paling bermakna....
buatkan diriku berfikir kembali..
semoga kita semua tergolong dikalangan umat Nabi Muhammad SWT yg di rindui Baginda.. dan semoga istiqamah atas jln yg dipilih(jln dakwah..dn jln ke arah kebaikan di dunia dan akhirat)..

p/s: puisi tu best gak.. credit to hijaz dn "ustaz" kerana mengingtkan kembali bait2 lirik tersebut..

Anonymous said...

entry yang baik sekali khair. Ko ade bakat sebenarnye untuk menulis blog. Perbanyakkan lagi entry2 camni. Tapi serius cakap, time paling terkesan time ustaz tu cakap 'Kalau kita buat maksiat @ dosa kita dah malukan Rasulullah di depan Allah'. Terasa diri ini begitu hina.

Akhir kata majulah Institusi Usrah untuk MMU.

nota kaki kancil:
khair kalau ko nak tukar emel skrg ni utk blog ni ko just add author je. Ko gi Setting -> Permission pastu add emel baru. Nak add emel2 tanzim GBM pun leh.

Anonymous said...

entri yg menarik..mcm ESQ..:)

-maju IU di MMU